Friday, February 20, 2009

Renungan Untuk Suami&Isteri


>>>Buat kawan2 yang bergelar suami @ isteri..yang bakal bergelar suami @ isteri dan yang berhajat untuk menjadi sumai @ isteri..renungkan bersama..

WAHAI SUAMI…..

ISTERIMU TIDAKLAH SEHEBAT SITI KHADIJAH….

Wahai Suami….Renungkanlah……

Perkhawinan itu menyingkap tabir Rahsia
Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah
Tidaklah setaqwa Aisyah,tidaklah setabah Fatimah
Justeru….Isterimu hanyalah wanita akhir zaman
Yang punya cita-cita untuk menjadi isteri Solehah
Perkhawinan itu mengajar suami isteri kewajipan bersama
Isteri menjadi tanah dan kamulah langit penaungnya
Isteri ladang tanaman dan kamulah pemagarnya
Isteri kiasan ternakan dan kamu gembalanya
Isteri adalah murid dan kamulah gurunya
Saat isteri menjadi madu,kamu teguklah sepuasnya
Ketika isteri menjadi racun,kamulah penawar bisanya
Seandai isteri tulang yang bengkok,kamulah yang meluruskannya
Perkhawinan menginsafkan kita,betapa perlunya iman dan taqwa
Untuk belajar meniti sabar dan redha kerana Allah S.W.T
Kerana kamu tidak akan memiliki isteri yang terhebat
Seperti dalam mimpimu
Justeru kamu akan tersentak alpa
Kerana kamu bukanlah Rasullullah S.A.W
Dan bukan juga Saidina Ali R.A
Kamu Cuma suami akhir Zaman yang berusaha
Menjadi suami yang soleh.


WAHAI ISTERI…..

SUAMIMU TIDAKLAH SEMULIA RASULLULLAH


Wahai Isteri….Renungkanlah……

Perkhawinan itu menyingkap tabir Rahsia
Suami yang menikahimu tidaklah semulia Rasullullah S.A.W
Tidaklah setaqwa Nabi Ibrahim,tidaklah Nabi Ayob
Tidak segagah Nabi Musa,apatah lagi setampan Nabi Yusuf
Justeru suamimu hanyalah lelaki akhir zaman
Yang punya cita-cita membangun keturunan yang soleh
Perkhawinan mengajar kita kewajiban bersama
Suami menjadi pelindung dan kamu penghuninya
Suami menjadi nakhoda dan kamu pengemudinya
Suami bagaikan pelakon dan kamu adalah penonton setianya
Sekiranya suami menjadi bisa,kamulah penawarnya
Seandainya suami bengis dan lidah lancing berkata,kamulah penyabar
Untuk memperingatkannya
Perkhawinan mengajar kita betapa perlunya iman dan taqwa
Untuk belajar meniti sabar dan redha
Kerana memiliki suami yang tidak segagah mana
Justeru kamu akan tersentak alpa
Kerana kamu bukanlah khadijah yang begitu sempurna menjaganya
Bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara
Kamu hanya wanita akhir zaman yang berusaha
Menjadi Isteri Solehah


JUSTERU ITU WAHAI SUAMI DAN ISTERI

JANGANLAH MENUNTUT TERLALU TINGGI
SEANDAINYA DIRI SENDIRI JELAS TIDAK BERUPAYA
MENGAPA MENDAMBAKAN ISTERI SEHEBAT KHADIJAH
ANDAI DIRI TIDAK SEMULIA RASULLULLAH
TIDAK PERLU ISTERI SECANTIK BALQIS
ANDAI DIRI TIDAK SEHEBAT SULAIMAN
MENGAPA MENGHARAPKAN SUAMI SETAMPAN YUSUF
ANDAI KASIH TIDAK SETULUS ZULAIKHA
TIDAK PERLU MENCARI SUAMI SETEGUH IBRAHIM
ANDAI DIRI TIDAK SEKUAT HAJAR DAN SARAH .


No comments:

Post a Comment