Wednesday, February 25, 2009

PERKAHWINAN



Perkahwinan itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti tuntutanNya. Perkahwinan itu juga menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Perkahwinan juga platform untuk menghalalkan hubungan antara lelaki dan wanita selain melahirkan zuriat sebagai penyambung generasi akan datang.

Monday, February 23, 2009

TARIKH LAHIR BULAN ISLAM

JANUARI * Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.* Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.* Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.* Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.* Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.* Pandai mengambil hati orang lain.* Pendiam kecuali telah dirangsang.* Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.* Mudah mendisiplinkan diri sendiri.* Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.* Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.* Cukup sayang pada kanak-kanak.* Suka duduk di rumah.* Setia pada segala-galanya.* Perlu belajar kemahiran bersosial.* Sifat cemburu yang sangat tinggi
FEBRUARI* Berfikiran abstrak.* Sukakan benda yang realiti dan abstrak.* Bijak dan pintar* Berpewatakan yang mudah berubah.* Mudah menawan orang lain.* Agak pendiam.* Pemalu dan rendah diri.* Jujur dan setia pada segalanya.* Keras hati untuk mencapai matlamat.* Tidak suka dikongkong.* Mudah memberontak apabila dikongkong.* Suka kegiatan yang lasak.* Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.* Mudah mempamerkan marahnya.* Tidak suka benda yang remeh-temeh.* Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.* Sangat berani dan suka memberontak.* Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.* Pemerhatian yang tajam.* Suka hiburan dan sukan.* Suka benda yang bersifat seni. * Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.* Berkecenderungan pada benda yang tahyul.* Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.* Belajar untuk mempamerkan emosi
MAC* Berpesonaliti menarik dan menawan.* Mudah didampingi.* Sangat pemalu dan pemendam rasa.* Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.* Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.* Suka pada kedamaian.* Sangat peka pada orang lain.* Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.* Tidak cepat marah dan sangat amanah.* Tahu membalas dan mengenang budi.* Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.* Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.* Suka berangan-angan.* Suka melancong.* Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.* Kelam kabut dalam memilih pasangan.* Suka dengan hiasan rumahtangga.* Punya bakat seni dalalm bidang muzik. * Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.* Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan.
APRIL * Sangat aktif dan dinamik.* Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.* Sangat menarik dan pandai menjaga diri.* Punya daya mental yang sangat kuat.* Suka diberi perhatian.* Sangat diplomatik (pandai memujuk ).* Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.* Sangat berani dan tiada perasaan takut.* Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.* Emosi cepat terusik.* Cuba kawal perasaan.* Kecenderungan bersifat pendendam.* Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.* Kuat daya ingatan.* Gerak hati yang sangat kuat.* Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.* Berpenyakit disekitar kepala dan dada.* Sangat cemburu dan terlalu cemburu
MEI * Keras hati & tegas.* Kuat semangat & bermotivasi tinggi.* Pemikiran yang tajam.* Mudah marah apabila tidak dikawal.* Pandai menarik hati & perhatian orang lain .* Perasaan yang amat mendalam.* Cantik dari segi mental & fizikal.* Tidak perlu dimotivasikan.* Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.* Mudah dipujuk.* Bersikap sistematik (otak kiri).* Suka berangan.* Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.* Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.* Daya khayalan yang tinggi.* Permikiran yang tajam.* Pandai berdebat.* Fizikal yang baik.* Kelemahan sistem pernafasan.* Suka sastera, seni & muzik serta melancong.* Tidak berapa suka duduk di rumah.* Tidak boleh duduk diam.* Tidak boleh duduk diam.* Tidak punya ramai anak.* Rajin dan bersemangat tinggi.* Agak boros
JUN* Berfikiran jauh & berwawasan.* Mudah ditawan kerana sikap baik.* Berperangai lemah lembut.* Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.* Idea yang terlalu banyak di kepala.* Bersikap sensitif.* Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).* Sukar melakukan sesuatu dengan segera.* Bersikap suka menangguh-nangguh.* Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.* Cepat marah & cepat sejuk.* Suka bercakap & berdebat.* Suka buat lawak & bergurau.* Otaknya cerdas berangan-angan.* Mudah berkawan & pandai berkawan.* orang yang sangat tertib.* Pandai mempamerkan sikap.* Mudah kecil hati.* Mudah kena selsema.* Suka berkemas.* Cepat rasa bosan.* Sikap terlalu memilih & cerewet.* Kurang mempamerkan perasaan.* Kurang mempamerkan perasaan.* Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.* Suka pada barang yang berjenama.* Mudah menjadi eksekutif.* Kedegilan yang tidak terkawal.* Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.
JULAI* Sangat suka didamping.* Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.* Agak pendiam kecuali dirangsang.* Ada harga dan maruah diri.* Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.* Mudah dipujuk dan bercakap lurus.* Sangat menjaga hati orang lain.* Sangat peramah.* Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.* Berjiwa sentimental.* Jarang berdendam.* Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.* Tidak suka benda remeh-temeh.* Membimbing cara fizikal dan mental.* Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.* Layanan yang serupa terhadap semua orang.* Tinggi daya simpati.* Pemerhatian yang tajam.* Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.* Mudah dan rajin belajar.* Suka muhasabah diri.* Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.* Suka mendiamkan diri.* Suka duduk di rumah.* Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.* Tidak agresif kecuali terpaksa.* Lemah dari segi kesihatan perut.* Mudah gemuk kalau tak kawal diet.* Minta disayangi.* Mudah terluka hati tapi lambat pulih.* Terlalu mengambil berat.* Rajin dalam membuat kerja
OGOS* Suka berlawak.* Mudah tertawan padanya.* Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.* Berani dan tidak tahu takut.* Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.* Pandai memujuk orang lain.* Terlalu pemurah & bersikap ego.* Nilai harga diri yang sangat tinggi.* Dahagakan pujian.* Semangat juang yang luar biasa.* Cepat marah & mudah mengamuk.* Mudah marah apabila cakapnya dilawan.* Sangat cemburu.* Daya pemerhatian yang tajam & teliti.* Cepat berfikir.* Fikiran yang berdikari.* Suka memimpin & dipimpin.* Sifat suka berangan.* Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.* Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.* Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.* Belajar untuk bertenang.* Sikap kelam kabut.* Romantik, pengasih dan penyayang.*suka mencari kawan
SEPTEMBER * Sangat bersopan santun & bertolak ansur.* Sangat cermat, teliti & teratur.* Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.* Pendiam tapi pandai bercakap.* Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.* Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.* Kerja yang dilakukan sangat sempurna.* Sangat sensitif yang tidak diketahui.* orang yang banyak berfikir.* Daya pentaakulan yang baik.* Otak bijak & mudah belajar.* Suka mencari maklumat.* Kawal diri dari terlalu mengkritik.* Pandai mendorong diri sendiri.* Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.* Suka sukan, hiburan & melancong.* Kurang menunjukkan perasaannya.* Terluka hatinya sangat lama disimpan.* Terlalu memilih pasangan.* Sukakan benda yang luas.* Bersistematik
OKTOBER* Suka berbual.* Suka orang yang sayang padanya.* Suka ambil jln tengah.* Sangat menawan & sopan santun.* Kecantikan luar & dalam.* Tidak pandai berbohong & berpura-pura.* Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.* Sentiasa berkawan.* Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.* Cepat marah.* Macam pentingkan diri sendiri.* Tidak menolong orang kecuali diminta.* Suka melihat dari perspektifnya sendiri.* Tidak suka terima pandangan orang lain.* Emosi yang mudah terusik.* Suka berangan & pandai bercakap.* Emosi yang kelam kabut.* Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).* Suka melancong, bidang sastera & seni.* Pengasih, penyayang & lemah lembut.* Romantik dalam percintaan.* Mudah terusik hati & cemburu.* Ambil berat tentang orang lain.* Suka kegiatan luar.* orang yang adil.* Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.* Mudah patah semangat
NOVEMBER* Banyak idea dalam perkara.* Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.* Berfikiran kehadapan.* Berfikiran unik dan bijak.* Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.* Pemikiran yang tajam.* Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.* Sesuai jadi seorang doktor.* Cermat dan teliti.* Personaliti yang dinamik.* Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.* Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.* Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.* Terlalu degil dan keras hati.* Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.* Tak suka marah kecuali digugat.* Mudah ambil berat terhadap orang lain.* Pandai muhasabah diri.* Cara berfikir yang lain dari orang lain.* Otak yang sangat tajam.* Pandai mendorong diri sendiri.* Tidak hargai pujian.* Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.* Cuba sampai berjaya.* Badan yang sasa.* Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.* Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.* Suka duduk dirumah.* Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.* Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.* Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.* Bercita-cita tinggi.* Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah
DISEMBER* Sangat setia dan pemurah.* Bersifat patriotik.* Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.* Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.* Bercita-cita tinggi.* Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.* Seronok bila didampingi.* Suka bercampur dengan orang.* Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.* Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.* Tidak pandai berpura-pura.* Cepat marah.* Perangai yang mudah berubah-ubah.* Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.* Benci pada kongkongan.* Suka berlawak.*Pandai buat lawak dan berfikiran logik



Sekadar renungan dan 'muhasabah' diri dari lanjutan ilmu 'TARIKH LAHIR' dan perilaku kita sebagai hamba di muka bumi ini.Samapai-sampaikanlah.
AMIR RUL MUKMININ
PERILAKU BERDASARKAN TARIKH LAHIR ISLAM…

HIJRAH
Sekiranya anda mengetahui pada bulan Hijrah anda dilahirkan, menurut pengetahuan tradisional bulan itu mempunyai pengaruh yang tersendiri terhadap perilaku. Dicatatkan bagi menambahkan pengetahuan

MUHARRAM
Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan yang sempurna, walaupun begitu, jika dididik dengan baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam selamat.

SAFAR
Tabiatnya buruk. Dia tidak suka mengakui kesalahannya. lbubapanya perlu mendidiknya bagi menghilangkan tabiat buruk itu, jika tidak, kehidupannya akan menjadi susah di kemudian hari. Walaupun begitu, sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya ianya akan mendatangkan hasil.

RABIULAWAL
Perwatakannya baik. Mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga. Dalam pekerjaan ramai yang suka. Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras dan mudah marah.

RABIULAKHIR
Perwatakannya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya, mudah mengangkat tangannya. Kehidupannya menjadi sukar kerana tabiat buruknya itu. Ibubapa menempuh kesukaran dalam mendidiknya.

JAMADIL AWAL
Dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi. Dia berani dan nekad, kadangkala melakukan sesuatu yang bodoh atau bahaya. Walaupun begitu, keberanian dan tekadnya itu akan menunjukkan hasil usahanya, yang menemui kegagalan juga.

JAMADIL AKHIR
Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai kepandaian ada padanya. Apabila dia tahu bahawa dia salah atau keliru maka dia mudah mengakuinya, tapi bila dia tahu dia benar, pendiriannnya keras dan tidak mahu mengalah. Semasa kecilnya, ibubapanya perlu mendidiknya dengan baik agar terserlah sifat-sifatnya yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya.

REJAB
Semasa kecilnya dia degil dan nakal. lbu bapanya patut mendidiknya dengan baik agar dia dapat menerapkan nilai-nilai yang baik. Ketika sudah dewasa, dia suka bersikap merendah diri dan bersikap tidak tahu menahu. Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil. Walaubagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa.

SYA'ABAN
Perwatakannya baik. Hidupnya selamat dan rezekinya tidak putus-putus. Sewaktu kecilnya dia mudah mengalah semasa bermain dengan kawan-kawan. Kelakuannya baik, berbudi bahasa hingga semua orang sayang padanya. Masa dewasanya dia akan berjaya dalam segala kerjayanya danmudah mendapat rezeki.

RAMADHAN
Dia baik, pendiam, suka merendah diri. Dia tidak angkuh kepada teman yang dikenalinya. Dia tidak suka menonjolkan diriya. Kehidupannya selalu selamat.

SYAWAL
Perwatakannya keras. Hatinya keras. Dia tidak suka dikalahkan oleh orang lain. Hal ini membahayakan hidupnya, oleh itu ibu bapanya perlulah mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya itu. Jika tidak kehidupannya menjadi susah kerana perangai keras hatinya, dan dia selalu bergaduh terutamanya dalam hal mencari rezeki.

ZULKAEDAH
Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi buruk. Dia banyak berfikir, kerana sifat ini, satu hari nanti dia akan mendapat hasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh kerana banyak berfikir, perbuatannya kadang kala menjadi keliru. Dia seharusnya bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang yang memuaskan.

ZULHIJJAH
Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika baik terlalu baik pula. Dia sering mendapat padah dari perbuatannya sendiri. Dia sukar mengawal perasaannya, kadangkala terlalu berlebih-lebihan atau sebaliknya. 0leh kerana dia tidak dapat memberikan garis pemisah, dia sukar mempertimbangkan baik buruk perbuatannya. Dia seringkali menyesal kerana kurang hati-hati dan kurang pertimbangan

WANITA

MENGENAI WANITA & KUBUR

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang
lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal
tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang
yang penyayang tidak akan sia-sia".
2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka
beristighfarlah para malaikat untuknya.Allah mencatatkan baginya setiap
hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah
mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.
4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari
dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu
tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit,
maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas
untuk membela agama Allah.
7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama
orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang
takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu
diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah.
Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka,
barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan
anak Nabi Is mail.
9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah
memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada
suaminya (10,000 tahun).
10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan
ramadhan,memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia
dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.
11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang
soleh.
12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih
besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah, "Suaminya. "Siapa pula
berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya".
13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah
panggilan ibumu dahulu.
14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung
diudara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya
selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan
puasanya.
15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu
neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang
dia kehendaki dengan tidak dihisab.
16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.
17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku
(Nabi s.a.w) di dalam syurga.
18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan
atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap
ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa
takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.
19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada
anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka
akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka. "Jadi, janganlah
sesekali kita merasa lemah... Wanitalah sebenarnya yang membuat seseorang
lelaki itu kuat. Itulah salah satu sebab mengapa Nabi meletakkan wanita
setaraf pada lelaki dan tidak lebih rendah.


SATU PERINGATAN!!
KUBUR SETIAP HARI MENYERU MANUSIA SEBANYAK
LIMA KALI;
1. Aku rumah yang terpencil,
Maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2... Aku rumah yang gelap,
Maka teranglah aku dengan selalu solat malam.
3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,
Maka bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa,
Maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,
Maka banyaklah bacaan "Laa ilaha illallah, Muhammadur Rasulullah",supaya
kamu dapat jawapan kepadanya.

Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya;

1. Dunia itu racun,
Zuhud itu ubatnya.
2. Harta itu racun,
Zakat itu ubatnya.
3. Perkataan yang sia-sia itu racun,
Zikir itu ubatnya.
4. Seluruh umur itu racun,
Taat itu ubatnya.
5. Seluruh tahun itu racun,
Ramadhan itu ubatnya.

Sunday, February 22, 2009

Cakk!!!!

Contoh Surat Berhenti Kerja



MUHAMAD YUSOP
PLOT 131A,
JALAN PERINDUSTRIAN BUKIT MINYAK,
14100 BUKIT MINYAK,
SEBERANG PERAI TENGAH,
PENANG. 19 DEC 2005

TUAN,


PER : SURAT BERHENTI KERJA


Saya seperti nama diatas, ingin memohon berhenti kerja. Saya berharap permohonan ini diluluskan. Berikut adalah sebab-musabab saya ingin berhenti kerja:-

1. Saya kerap dibuli oleh senior.
2. Makanan di kantin tak sedap tapi mahal macam KFC. Tambahan pula kalau makcik senior yg kira.
3. Lagu 5'S tidak masuk dalam carta ERA.
4. Waktu rehat tersangat pendek 15 minit je... Nak beratur pun dah 20 minit!!!
5. KERJA BERDIRIIIIIIIIIII.......... Kasut takde sponge pulak!!!!!
6. Bas kilang tersangat laju.... Tersangat BAHAYA.....
7. Kalau setakat nak keja kilang, lebih baik tak payah ambil SPM. Indon tak ambil SPM pun boleh keja jugak!!!
8. Pekerja dipaksa O.T. Ingat kita orang ROBOT ke!!! Kalau tak O.T. ugut nak bagi Warning Letter pulakk.....
9. Pintu kecemasan dihalang. Bila BOMBA audit baru kalut. KESELAMATAN TIDAK DIUTAMAKAN.
10. Scan in/out sikit nak masuk kena beratok sampai GAT HOUSE nak bali kena beratok BULEH TAWAF satu kilang..
11. Pintu keluar masuk 2 shj. Pekerja beribu.... Masuk LATE marah!!! Balik LATE driver BAS pulak marah!!!! sampai rumah mak bapak pulak yang marah KAMI selalu kena MARAHHHHHH...
12. Boss kadang 2 ok kadang 2 tension sampai tak ingat 2 yang kami ni orang gak
13. Faedah 2 lain tak memuaskan contoh keja bagai nak tecabut kepala lutut profet shereing HAMPEHHH
14. BANYAK LAGI NAK HABAK TAPI KUT TAK SANGUP DENGAK KUT!!!!

Untuk pengetahuan tuan, saya telah berjaya menabung sebanyak RM 1.5 juta selama saya bekerja sebagai operator. Wang itu telah saya laburkan dalam bentuk dinar emas. Setiap bulan, pendapatan saya adalah sebanyak RM890. Inilah faktor utama saya ingin berhenti kerja. Terima kasih atas segala kerjasama ............
tunjuk ajar tuan selama ini dengan saya. Akhir kata, terimalah sebuah pantun MAUTdari saya........ IKAN KELI.. IKAN KEMBUNG; ANGKAT KAKI LLLAAAMMMBUNG...............

SEKIAN TERIMA KASIH....""

Best UPSR Karangan (2005)

Best UPSR Karangan (2005) (Very Funny ... MUST READ!!)

HAHAHAHHA nak ketawa bila aku membaca karangan ini, nasib baik lah bukan aku jadi cikgu yang kena semak kertas budak nie, kalau tak, sure aku mati ketawa! HAHAHAHA









Mari Kita Hilangkan Stress Dahulu....

Rumput dan Kuda

Seorang guru lukisan sedang melihat kertas lukisan milik pelajarnya yang paling malas.
Cikgu : "Lukisan apa yang kau buat nie Abu, kosong je?"
Murid : "Kuda makan rumput, cikgu!"
Cikgu : "Rumputnya mana?"
Murid : "Sudah habis dimakan kuda, cikgu,"
Cikgu : "Habis tu, kudanya mana?"
Murid : "Sudah pergi, cikgu! Kalau rumputnya sudah habis, buat apa kuda tu masih di situ?"

Pengemis gila

Pengemis : Pak Cik! Kasihanilah saya, saya orang bisu.
Bapak : La? Orang bisu takkan bleh cakap lak?
Pengemis : Eh, salah! Orang tuli, Pak Cik!
Bapak : Tak kanbleh mendengar?
Pengemis : Eh, bukan! Orang buta, Pak Cik!
Bapak : (Sambil mengeluarkan wang receh)Tidak ada duit!!
Pengemis : Itu ada tiga ratus !
Bapak : Katanya buta, tak kanboleh melihat?
Pengemis : Salah lagi. Orang gila, Pak Cik!!

Demam Malaysian Idol

Disebuah majlis akad nikah, pengantin lelaki bernama Hassan (budak jaga lembu - bukan nama sebenar) :

Kadi : Hassan...
Pengantin Lelaki : Saya ustaz...
Kadi : Dengar baik2 ya Hassan...."Aku nikahkan akan dikau dengan si Polan binti Polan dengan mas kahwinnya RM 80 tunaiii"
Pengantin Lelaki : "Aku terima nikahnyaa si Polan binti si Polan dengan mas kahwinnya RM 80 tunaiiii"
Kadi : Sah ? (ditanya kpd saksi pertama)
Saksi Pertama : Sah
Kadi : Sah ? (ditanya kpd saksi kedua)
Saksi Kedua : Sah
Kadi : Sah ? (ditanya kpd saksi ketiga)
Saksi Ketiga : Errrr....lontaran suara awak tidak jelas...saya tak dengar apa yg awak cakap....pitching berterabur ke laut..jiwa awak kosong...takde feel.... low note tak sampai, high note awak takde kawalan.. sepatutnya ditahan..falseto lemah...

p/s: Kini semuanya ingin menjadi pengkritik.. .

Wanita dan Lelaki Tua

Seorang wanita sedang berjalan menuju kearah seorang lelaki tua yang sedang berehat di serambi rumahnya. Setelah tiba, wanita itu berkata, " Saya tengok encik ni ceria aje. Apa rahsia yang menyebabkan encik panjang umur dan sentiasa ceria?"

"Takde rahsia apa pun. Cuma saya merokok 3 kotak besar sehari, minum arak, makan makanan berlemak, makanan segera dan tak pernah sekalipun bersenam", kata lelaki itu.

"Wah! Hebatnya encik", kata wanita itu. "Berapa usia encik sekarang?

"Dua puluh empat."

Isteri Tersayang

Seorang lelaki telah menginap di sebuah hotel di KL. Terdapat sebuah komputer di dalam bilik hotel itu. Dia pun mengambil keputusan untuk menghantar e-mail kepada isterinya.

Malangnya, dia telah tersalah taip alamat e-mail isterinya dan tanpa mengetahui kesilapan itu, dia pun terus menghantar e-mail tersebut. Di sebuah rumah di Kedah pula, seorang janda baru sampai ke rumahnya selepas pulang daripada majlis pengebumian suaminya. Janda tersebut mengambil keputusan untuk menyemak e-mailnya untuk melihat sekiranya terdapat mesej daripada saudara-mara dan teman-temannya. Selepas membaca e-mail pertama itu si janda tersebut pun pengsan. Anak lelaki janda tersebut pun bergegas ke bilik ibunya dan mendapati ibunya terlentang di lantai dan dia pun membaca mesej di dalam skrin komputer:


To : Isteri kesayanganku
Date : 16 May 2002

Subject : Abang telah selamat sampai

Abang tahu Sayang pasti akan terkejut dengan kehadiran mesej ini. Mereka telah menyediakan komputer di sini pada ketika ini dan kita boleh menghantar e-mail kepada sesiapa sahaja terutama insan kesayangan kita.

Abang telah selamat sampai dan telah menginap dengan aman di sini. Abang lihat semuanya telah di sediakan di sini untuk kedatanganmu pada hari esok.Semoga berjumpa denganmu nanti, Sayang. Abang harap perjalananmu ke sini nanti lebih bermakna seperti apa yang telah Abang lalui ketika ini.


Teliti itu penting!

Sekumpulan pelajar perubatan berkumpul untuk melihat seorang pensyarah melakukan pemeriksaan ke atas satu mayat..mereka berkumpul mengelilingi tempat mayat itu diletakkan..

"Dalam bidang perubatan, ada 2 kualiti yang sgt penting untuk menjadi seorang doktor", kata pensyarah itu.

"Pertama.., kamu semua tidak boleh jijik melihat mayat", katanya...sebagai contoh, pensyarah itu mencucuk satu jarinya ke dalam mulut mayat, menariknya semula dan menjilat jarinya itu.

"Sekarang, cubakamu buat", kata pensyarah itu.

Selepas beberapa ketika, barulah mereka mengikut apa yang mereka lihat. Seorang demi seorang memasukkan jari ke mulut mayat dan menjilatnya. Apabila semua pelajar selesai, pensyarah itu memandang ke arah mereka dan berkata....

"Kualiti kedua yang sangat penting adalah pemerhatian yang tajam. Seperti tadi....saya memasukkan jari hantu tetapi menjilat jaritelunjuk. ....

SEKARANG.... .TUMPUKAN PERHATIAN... .PAHAM!!! !!

Friday, February 20, 2009

Sekadar Peringatan

- Janganlah engkau mengahwini wanita,melainkan yang suci
- Janganlah menelan makanan,melainkan yang dimasak dengan sempurna
- Janganlah makan daging,melainkan yang masih segar
- Janganlah memakan ubat,melainkan kerana sakit
- Janganlah memakan buah-buahan,melainkan yang masak
- Janganlah memasukkan makanan ke dalam perut,melainkan setelah makanan yang dimakan terlebih dahulu sempurna penghadaman
- Janganlah engkau menahan dirimu daripada membuang air besar atau air kecil
- Janganlah engkau tidak tidur setelah makan di waktu siang
- Janganlah engkau tidur terus selepas makan malam,melainkan engkau telah berjalan sekurang-kurangnya seratus langkah .

Renungan Untuk Suami&Isteri


>>>Buat kawan2 yang bergelar suami @ isteri..yang bakal bergelar suami @ isteri dan yang berhajat untuk menjadi sumai @ isteri..renungkan bersama..

WAHAI SUAMI…..

ISTERIMU TIDAKLAH SEHEBAT SITI KHADIJAH….

Wahai Suami….Renungkanlah……

Perkhawinan itu menyingkap tabir Rahsia
Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah
Tidaklah setaqwa Aisyah,tidaklah setabah Fatimah
Justeru….Isterimu hanyalah wanita akhir zaman
Yang punya cita-cita untuk menjadi isteri Solehah
Perkhawinan itu mengajar suami isteri kewajipan bersama
Isteri menjadi tanah dan kamulah langit penaungnya
Isteri ladang tanaman dan kamulah pemagarnya
Isteri kiasan ternakan dan kamu gembalanya
Isteri adalah murid dan kamulah gurunya
Saat isteri menjadi madu,kamu teguklah sepuasnya
Ketika isteri menjadi racun,kamulah penawar bisanya
Seandai isteri tulang yang bengkok,kamulah yang meluruskannya
Perkhawinan menginsafkan kita,betapa perlunya iman dan taqwa
Untuk belajar meniti sabar dan redha kerana Allah S.W.T
Kerana kamu tidak akan memiliki isteri yang terhebat
Seperti dalam mimpimu
Justeru kamu akan tersentak alpa
Kerana kamu bukanlah Rasullullah S.A.W
Dan bukan juga Saidina Ali R.A
Kamu Cuma suami akhir Zaman yang berusaha
Menjadi suami yang soleh.


WAHAI ISTERI…..

SUAMIMU TIDAKLAH SEMULIA RASULLULLAH


Wahai Isteri….Renungkanlah……

Perkhawinan itu menyingkap tabir Rahsia
Suami yang menikahimu tidaklah semulia Rasullullah S.A.W
Tidaklah setaqwa Nabi Ibrahim,tidaklah Nabi Ayob
Tidak segagah Nabi Musa,apatah lagi setampan Nabi Yusuf
Justeru suamimu hanyalah lelaki akhir zaman
Yang punya cita-cita membangun keturunan yang soleh
Perkhawinan mengajar kita kewajiban bersama
Suami menjadi pelindung dan kamu penghuninya
Suami menjadi nakhoda dan kamu pengemudinya
Suami bagaikan pelakon dan kamu adalah penonton setianya
Sekiranya suami menjadi bisa,kamulah penawarnya
Seandainya suami bengis dan lidah lancing berkata,kamulah penyabar
Untuk memperingatkannya
Perkhawinan mengajar kita betapa perlunya iman dan taqwa
Untuk belajar meniti sabar dan redha
Kerana memiliki suami yang tidak segagah mana
Justeru kamu akan tersentak alpa
Kerana kamu bukanlah khadijah yang begitu sempurna menjaganya
Bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara
Kamu hanya wanita akhir zaman yang berusaha
Menjadi Isteri Solehah


JUSTERU ITU WAHAI SUAMI DAN ISTERI

JANGANLAH MENUNTUT TERLALU TINGGI
SEANDAINYA DIRI SENDIRI JELAS TIDAK BERUPAYA
MENGAPA MENDAMBAKAN ISTERI SEHEBAT KHADIJAH
ANDAI DIRI TIDAK SEMULIA RASULLULLAH
TIDAK PERLU ISTERI SECANTIK BALQIS
ANDAI DIRI TIDAK SEHEBAT SULAIMAN
MENGAPA MENGHARAPKAN SUAMI SETAMPAN YUSUF
ANDAI KASIH TIDAK SETULUS ZULAIKHA
TIDAK PERLU MENCARI SUAMI SETEGUH IBRAHIM
ANDAI DIRI TIDAK SEKUAT HAJAR DAN SARAH .


My Lovely Parents


Ini ibu bapaku yang tersayang...walau jauh di mata..mereka tetap dia hati ni..kasih sygku pada mereka tidak akan pernah padam...ampunkan anakmu ini atas segala silap & salahku selama ni..semoga mak & abah panjang umur,juga di berkati Allah selalu...

Nostalgia

Ini gmbar my hubby dapat sijil pas abes belajar kat ILSAS,UNITEN,Bangi dulu..masa ni rasa rugi sangat sebab tak dapat tgok peristiwa ni secara live..sebab anak sulong masih kecik lg..xdapat tggal..jd tggu kat hotel jelah..huhu...

Thursday, February 19, 2009

Memories Remain


Gambar ni masa pegi jB..kat DAnga BAy..bercuti bersama kuaga..waktu tu ank yg sulong kecik lg..xpandai jln pun lg..kitorg ni mmg suke berjalan2,melancong,bersiar2,dan perkataan yg sewaktu dgnnya..sejak kawin ni da hampir seluruh malaysia saya dah pergi....bestnyer..melawat tempat2 menarik di malaysia ni...

My Kids

Dua org budak yang sangat membahagiakan hidup aku..

Our LOve

Di hari perkahwinanku...saat bahagia mula tercipta..bermulalah hari-hari ku sebagai seorang isteri dan ibu..

My Lovely Hubby


Ni laa cinta hati saya...My Lovely hubby..Ahmad Razlan Bin Abu Bakar..umur 24 thn..kerja Tenaga Nasional Berhad..skng dah 4 thn keje TNB ni..Alhamdullilah..seorg ayah yg baik & bertanggungjawab..penuh dgn kasih syg walau dia tak pernah tunjukkan..muka dia selalu serius..tapi hati dia baik..huhu..minat pada kereta Toyota dan brg keta..jadi sape2 yang ade hobi sama,leh ahh share.dia ni byk jugak kemahiran yg dia tahu..selain drpd pakar bhgn elektrik..juga pakar pasal komputer,kereta,mcm2 ahh..kalo terangkan byk lak..haha...ni lah serba sikit ttg suami saya...kalo nak tau byk2..tya dia sendiri..tu pun kalo dia jwb laa..huhu..abg,i love you so much..

My Lovely Sweety Girl

Ini Nur DAyana BAtrisya Bt Ahmad Razlan..cOmey x??anak pompuan yg tersayang..lahir pada 10.11.2005..jam 1.21pm..umur thn ni dah masuk 4 thn..nanti thn depan dah sekolah..nana ni seorang budak yg baik dan mendengar cakap.. dan seorang yg sangat pandai bergaya..Hobi dia menyanyi,main dgn adik,tgok wonderpets,hagemaru,dan mcm2 ahh...skang dah pandai melayari internet..bukak youtube pun dah pandai..dia lyn wonderpets laa..ibu & ayh syg sgt kat nana....

Sweet Moments

Ini gmbar masa zaman sekolah & couple..kitorg kenal dari thn 2002..masa tu saya form 4..hubby lak form 5..tapi sekolah lain2 tau..dia kat bentong,pahang dan sy kat terengganu laa...gmbar ni dah lame..tu zaman muda2..haha..dah 7 thn berlalu...tapi sy suke gmbar ni sbb pemandangan dia cantik..ni kat istana maziah,trg...

It's Me















Nama sebenar Iryani Akmar Bt Mohamed...panggil yanie jer da cukup...umur da 23thn..kawin masa umur 19thn..skng dah masuk 4thn kawin..tggl skng kat johor..Alhamdulillah rezki tuhan nak bg kat tempat org..asal terengganu kiter sebenarnya..dah 3thn lbh duk segamat,johor ni....mak & abah skng kat trg..kuaga mentua kat kemaman,trg..adik beradik sume kat kemaman..kecuali kakak yg sulong skng kat cameron highland...dia ni sorg jer..saya ade 2 kakak,2 abang dan 2 adik lelaki..yg lain termasuk saya dah kawin dan tggl adik2 jer yg blum kawin..hubby saya lak ade 1 abang,4 adik lelaki,2 adik pompuan..kehidupan kami leh di katakan oklaa...rezki yg tuhan nk bg..xdelah susah sgt..tu je serba sikit ttg diri saya..nnt ade ape2 cta yg menarik sy update lg..

My Lovely Handsome Boy


Yang comey sangat2 ni...anak kedua saya yg br jer 6 bln..nama dia Ahmad Rifdee Bin Ahmad Razlan..lahir pada 20.08.2008...kul 11.43mlm..dia ni cam biasa laa...budak laki..suke bermain,nak kacau org mkn,main ketok2 mainan & brg2..suke main kain..menggigit..huhu..bila bgn tdo pg2 dia xnangis,dia duk main sorg2...hehe...ibu & ayh syg sgt kat adik kiddy..